Menjadi full time blogger?

HUJANBATU.COM – Menjadi full time blogger? Saya ada menerima beberapa soalan dari rakan-rakan kita yang berasa ingin menjadikan blogging ini menjadi kerja sepenuh masa beliau. Ada yang bertanyakan tips2 bagaimana dan apakah yang harus dilakukan sebelum melangkah alam itu?
Soalan yang sebegini sebenarnya membuatkan saya sedikit nervous untuk menjawab kerana ia sesuatu yang berkait dengan kehidupan dan punca pendapatan mereka.

Sebelum saya menjawab soalan itu, ingin saya kongsikan sedikit pengalaman saya selama bergela full time blogger. Ia tidak seindah yang anda bayangkan. Betul kita adalah boss kepada diri kita sendiri, betul kita ada pendapatan yang tersendiri. Akan tetapi kebenaran yang sering menghantui dalam pemikiran saya, bagaimana satu hari nanti semua ini tarik balik?

Apa yang saya dapat pada hari ini bukanlah sesuatu pendapatan yang tetap, ia bergantung pada usaha dan rezeki masing2. Setiap hari yang berlalu saya tetap bertanya bagaimana rezeki hari ni? bolehkah ia bertahan sehingga hujung bulan? Jika bekerja makan gaji pula anda tidak perlu risau perkara sebegini, anda hanya perlu lakukan tugas yang anda patut buat dan hujung bulan ada gaji.

Berbalik kepada soalan yang awal tadi, jika anda ingin berasa sudah tiba masanya untuk anda menumpukan kepada pendapatan online anda, saya ucapkah tahniah! Tetapi saya tidak mengalakkan langsung anda berhenti dari kerja seharian anda. Saya lebih galakkan anda melakukan kerja blogging dan mencari pendapatan online ini secara part time sahaja dahulu.
Anda harus teliti kekuatan sebenar anda dan pendapatan yang anda jana itu solid dan stable? Sudahkan anda membuat simpanan wang kecemasan jika kerja-kerja blogging anda ini tidak menjanakan satu sen pun pada bulan2 tertentu? Bagaimana pula dengan komitmen hutang2 anda yang wajib dibayar setiap bulan seperti kereta, motor, kad kredit dan sewa rumah? Adakah anda sudah atau mampu membayarnya?Menjadi full time blogger?
Prepare for the worst case scenario, jika anda ingin meneruskan hasrat anda itu saya galakkan anda membuat simpanan 1 tahun gaji anda untuk menjamin waktu2 kecemasan. Analisa adakah pendapatan online yang anda dapat telah stabil sejak 12 bulan yang lalu. Saya amat galakkan anda mengurangkan beban hutang bulanan terlebih dahulu, seperti membayar kesemua hutang kad kredit, hutang motor dan sebagainya, mana yang boleh.

Tidak perlu terburu2, buat penilaian yang betul. Ada pepatah inggeris mengatakan “The grass is always greener on the other side of the fence” kadang kala kita selalu mengimpikan kehidupan orang lain dan berasa ia selalunya lebih baik dari apa yang kita ada. Kebenarnya ia tidak selalunya begitu. Renung-renungkan dan fikir-fikirkan.

Akhir Kata

Itulah Artikel “Menjadi full time blogger?“, Semoga bisa menambah wawasan kalian yah.
Jangan Lupa untuk share ke teman kalian dan kerabat kalian, agar mereka juga ikut mendapatkan Wawasan Terbaru juga.
Jika Ada kekurangan atau kritik dan saran jangan sungkan untuk komentar yah, karna itu sangat membantu kami untuk menjadi lebih baik lagi.

Leave a Comment